LENCANA EKSPEDISI
Lencana Ekspedisi |
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan kaki dan melengkapkan log ekspedisi seperti disyaratkan.
1. Latihan Ekspedisi
Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk
ekspedisi dan menunjukkan kaedah membugkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi
pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg terasuk 10 kg barang
makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi
di dalam beg sandang (haversack).
2. Ekspedisi
2.1. Mengambil bahagian yang penting dalam satu
ekspedisi berpatrol (4 hingga 7 orang) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3
malam sejauh 80 km ATAU 150 km dengan melaksanakan tugasan.
2.2. Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit bukau.
2.2. Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit bukau.
2.3 Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan
menyediakan makan malam dan sarapan secara 'backwoods' dan
seumpamanya.
2.4 Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang
dari 3 jam.
ATAU
2.5 Berjalan kaki bersama patrol (4-7 orang) tidak
kurang daripada 40 km dalam masa 24 jam terus menerus dengan melaksanakan
tugasan.
2.6 Perjalanan hendaklah meliputi pinggaran bandar,
desa atau luar bandar.
2.7 Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan
makanan yang disediakan secara 'backwoods' atau
seumpamanya.
2.8 Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam
selama 10 jam.
ATAU
2.9 Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km
selama 4 hari 3 malamdi sungai atau di persisiran pantai.
ATAU
2.10 Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengukut
keadaan tempatan)tidak kurang 4500 kaki aras laut.
3. Tugasan
3.1 Menyediakan laporan bertulis Log Ekspedisi mengikut
format yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri.
3.2 Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan
perjalanan ekspedisi.
3.3 Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong
dengan gambar, rakaman atau video dan sebagainya.
3.4 Log Ekspedisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh
Pemimpin Kumpulan tidak lewat 10 hari selepas ekspedisi untuk kelayakan
lencana.
INGATAN :
- Pengakap Remaja berkenaan mengetahui dan boleh
menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi jenis pengembaraan yang
dipilih.
- Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja
berkenaan sihat tubuh badan dan fikiran untuk melakukan ekspedsi itu dan semua
syarat keselamatan telah diambil.