Lencana Usaha

Lencana Usaha

A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
    -  Simpul Himpit
    -  Simpul Pulih
    -  Bunga Geti Ganda
    -  Lilit Balak
    -  Lilit Taut-line
    -  Ikat Seraya
    -  Ikat Serong
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 6km

D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

Sumber : http://kingscout.50webs.com/6.htm

Bendera Malaysia Dan Negeri

 Bendera Malaysia 
Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur ( 7 merah, 7 putih )yang melintang dan lebarnya sama , tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.
  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.


 Bendera Negeri
Menyatakan Maksud Bendera Negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.

Negaraku Dan Lagu Negeri


 Negaraku


Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta


 Lagu Negeri
Menyanyikan lagu negeri sendiri untuk lulus.

Menaikkan Bendera

2 cara untuk menaikkan bendera yang biasa diamalkan dalam pergerakan pengakap ialah:



1) menaikkan bendera sambil menyanyi


2) mengibarkan bendera dalam istiadat menaikkan bendera.
 
Antara peraturannya ialah:

a)      Pengakap bertugas mesti memakai pakaian seragam pengakap,
b)      Satu bendera seorang pengakap.
c)      Pastikan bendera diikat dengan kedudukan yang betul dan tidak songsang.
d)      Mengikut kedudukan bendera.
e)      Bendera diletakkan di atas bahu kanan pangakap dan kedua-dua tangan memegang pada tali.
f)        Pengakap berbaris dalam patrol.
g)      Ketua kumpulan menPengakap berbaris dalam patrol.
h)      Ketua kumpulan menebut perkataan ‘Lagu Negaraku’, semua ahli menyanyi lagu kebangsaan secara serentak.

 
Kedudukan Bendera 

1)      Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.
(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri)

2)      Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.
(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia)

3)      Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.
(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia) (Bendera Syarikat/ Badan)

4)      Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.
(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri) (Bendera Syarikat/ Badan)


Orang Kenamaan 
1) DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

2) DYMM raja permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah

3) Menghafal dan menyatakan nama ketua negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.



4) Menghafal dan menyatakan nama penuh menteri besar/ketua menteri negeri sendiri untuk lulus.


Asas Perbarisan


1)      Masuk Baris
-         Arahan diberi oleh ketua perbarisan.
-         Semua ahli pengakap masuk baris.
 
2)      Sedia
-         Berdiri tegak.
-         Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm.
 
3)      Senang Diri
-         Bukakan kaki kiri ke kiri.
-         Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
-         Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
 
4)      Rehatkan Diri
-         Seperti senang diri.
-         Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.
 
5)      Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
-         Kemudian, menggengam dan menghulurkan tangan kanan ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke arah kanan.
-         Betulkan kedudukan.
-       Pengakap yang berada di belakang bergerak sehingga kedudukannya selari dengan pengakap yang lain.
-         Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendengar arahan pandang depan.
 
6)      Ke kanan/ kiri Pusing
-         Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
-         Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.
 
7)      Kebelakang pusing
-         Seperti dengan ke kanan pusing.
-         Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.
 
8)      Buka Barisan
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.
 
9)      Tutp barisan
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
 
10)  Langkah Ke Sebelah
-         Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.
-         Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.
 
11)  Paras
-         a) Paras ahli tinggi di tengah
-         b) Paras ahli rendah di tengah
-         c) Paras ahli tinggi di kiri
-         d) paras ahli tinggi di kanan
-         Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
                        # yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
                        # jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
                        # Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
                        # Jadikan 3 barisan… cepat jalan.
 
12)  Keluar Baris
-         diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
-         Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.
 
13)  Bersurai
-         Sama seperti keluar baris.
-         Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.


Kawat Tongkat


1)      Rehatkan Diri
         -     Seperti dengan sedia.
         -     Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.
 
2)      Senang Diri

          -     Seperti dengan rehatkan diri.

          -     Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.

 

3)      Sedia
-     Sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat.
-     Tongkat dipegang dengan menggunakan ibu jari kanan.
-     Tapak tongkat berada di atas tanah.
 
4)      Baring tongkat
-         Pengakap menurunkan tubuh secara menegak.
-         Kaki kiri menghentak ke hadapan.
-         Lutut kanan bergerak sehingga mencecah tanah.
-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
-         Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.
 
5)      Angkat Tongkat
-         Turunkan tubuh secara menegak.
-         Kaki kiri dihentak ke hadapan.
-         Lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
-         Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.
 
6)      Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat
-         Dalam keadaan sedia.
-         Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
-         Alihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90°.
-         Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.
 
7)      Hormat dengan Tongkat
-      Angkat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari.
-    Mencecah tongkat.





Isyarat Tangan Pengakap







Halangan Komando


1)      Melalui tali goyang
2)      Malalui titi komando
3)      Memanjat tembok
4)      Memanjat pokok
5)      Memanjat Tali
6)      Bergayut tali
7)      Memanjat tangga
8)      Menyusupi halangan tayar di atas tanah
9)      Menyusupi halangan tayar yang di gantung
10)   Berjalan di atas benteng kayu
11)   Memanjat jaring


Melipat Dan Mengibar Bendera

 
1)    Ketua & penolong ketua patrol bertugas melipat bendera Malaysia pada waktu pagi.
2)    2 orang sahaja yang melipat bendera.
3)    Ikat bendera pada tali tiang bendera.


 

Simpulan dan Ikatan Lencana Usaha

Simpul himpit (fisherman’s knot)
Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing, dan juga untuk menyambung dua tali yang licin.



Simpul pulih (sheep shank)Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat.

Simpul bunga geti (double sheet bend)Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besar dan untuk menyambung dua tali yang licin. Cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat.

Lilit balak (timber hitch)Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.

Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)
Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan

Ikat seraya (square lashing)Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.

Ikat serong (diagonal lashing)Digunakan unuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.




 

Undang-undang Lalu Lintas

 Pejalan Kaki
1) Mendengar nasihat guru dan pemimpin pengakap.
2) Jangan berlari / bermain di jalan raya.
3) Menggunakan tempat yang disedia khas seperti jejantas untuk melintas jalan raya.
4) Melintas jalan selepas bas bergerak jauh.
5) Jangan berebut-rebut menaiki bas atau apa-apa kenderaan.
 Penunggang Basikal
1) Basikal sentiasa berada dalam keadaan baik.
2) Menunggang di kiri jalan.
3) Menunggang basikal dalam satu barisan.
4) Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke kanan atau ke kiri.
5) Jangan berbual-bual, berlumba dan melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya semasa menunggang basikal.
6) Memahami dan mengetahui isyarat-isyarat jalan raya.
7) Tidak menunggang basikal secara berkumpulan.
8) Berikan isyarat tangan sebelum melintas jalan raya.


Memilih Tapak Perkhemahan

1)      Mendirikan khemah di kawasan yang rata, tinggi, bersih dan tidak mempunyai batu-batan...
2)      Periksa kawasan yang dipilih tidak mempunyai sarang serangga.
3)      Tidak mendirikan khemah ke arah matahari. (Pintu)
4)      Mendirikan khemah ke arah angin.
5)      Jangan sesekali mendirikan khemah di bawah pokok yang tua dan renik.
6)      Jika 2 buah khemah/ lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah perlulah seluas dua orang berjalan bersaingan.



Keperluan Peribadi Berkhemah

1)      Pakaian Seragam Pengakap
2)      Pakaian Lain (T-shirt, seluar, seluar dalam, dll.)
3)      Tikar
4)      Peralatan ibadat
5)      Pisau kecil, parang, dll.
6)      lampu picit
7)      Alat kegunaan makan (pinggan, sudu, dll.)
8)      Minyak rambut, cermin bedak, dll.
9)      Bekalan Makanan yang cukup.
10)  Bantal, Kain selimut
11)  Duit yang cukup (tidak membawa duit yang terlalu banyak)
12)  Alat tulis
13)  Lain-lain keperlyuan jika perlu.


Alat Pertolongan Cemas Peribadi

1)      Pembalut (plaster, kain, pembalut segi tiga, dll.)
2)      Kapas, penyepit, gunting, dll.
3)      Minyak angin ( sakit perut )
4)      Denttol ( Pembasuh Luka )
5)      Milk of Magnesia ( sakit perut / sembelit )
6)      Krim antisan ( gigitan serangga )
7)      Panadol ( sakit kepala dan demam biasa )
8)      Optone ( sakit mata )
9)      Burnol ( terbakar )
10)  Vicks ( sakit tengkuk selesema )


Menghidupkan Api

Arah Mata Angin Dan Menggunakan Kompas



 Arah Mata Angin
N (North)  : Utara
E (East)   : Timur
S (South) : Selatan
W (West) : Barat

NNE : Utara Utara Timur
NE  : Timur Laut
ENE : Timur Utara Timur
ESE : Timur Selatan oooooTimur
SE  : Tenggara
SSE : Selatan Selatan ooooo ooooTimur

 SSW : Selatan Selatan  ooooooBarat
  SW  : Barat Daya
  WSW : Barat Selatan  opooooBarat
  WNW : Barat Utara oooooooBarat
  NW  : Barat Laut
  NNW : Utara Utara ooooooBarat
 Cara Menggunakan Kompas
 Kompas Silva

Perkara yang mesti diperhatikan semasa menggunakan :
1) Sentiasa memeriksa bearing kompas ( arah yang hendak dituju )
2) Jika boleh, bawalah alat altimeter untuk mengukur ketinggian dari aras laut.
3) Tentukan sesuatu objek (pokok besar, batu besar, dll ) di hadapan sebagai tanda.
 




Isyarat Sulit Pengakap





Balutan Anduh

 Pembalut
- Terdiri daripada sejenis kain putih (lebih kurang 140cm x 90cm x 90cm)
- digunakan untuk:
  a) menuap
  b) menahan darah
  c) menyapu bahagian cedera
  d) mengangkat pesakit
  e) menjauhkan benda yang patah daripada bengkak

 Anduh
Digunakan untuk mengampu & merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu & leher.
Terdapat 3 jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segi tiga.




Tindakan Kecemasan

- Pengenalan punca penyakit.
- Melakukan pertolongan cemas secara tertib, senyap dan tidak panik.
- Memulihkan nafasnya jika pernafasan seseorang itu terhenti.
- Mengenalpasti tempat-tempat yang terkeluar darah.
- Jangan membenarkan pesakit bercakap sesuatu yang tidak penting.
- Tenangkan pesakit dengan memberitahunya perangsang-perangsang seperti 'kamu akan pulih'.
- Jangan membiarkan orang mengelilinginya.
- Jangan menangalkan bajunya jika tidak perlu.
- Bawanya berjumpa dengan doktor segera.
- Beritahu keluarganya atau sahabatnya.

Mengetahui Tempat-tempat Penting.

Mempunyai pengetahuan tentang perkhidmatan umum pengangkutan tempatan, tempat-tempat bersejarah dan tempat penting seperti hospital.
Melukis tempat-tempat penting yang terdapat di dalam daerah anda.

Memandu Orang
Anda hendaklah menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang ke tempat anda.