SENARAI SEMAK UJIAN LENCANA KEMAHIRAN
BIL
|
PERKARA
|
TARIKH
|
TANDATANGAN
PENGUJI
|
1.
|
Asas
Perbarisan, Kawad Kaki Tongkat dan Bendera
| ||
2.
|
Simpulan
dan Ikatan
| ||
3.
|
Sistem
Takal dan Pancang
| ||
4.
|
Projek
Perintis
| ||
5.
|
Pemetaan
| ||
6.
|
Ilmu
Ikhtiar Hidup
| ||
7.
|
Tapak
Haiwan dan Plaster Cast
| ||
8.
|
Penganggaran
(estimation)
| ||
9.
|
Pilih
Satu Sahaja
| ||
Berenang
50 meter dan Melempar Tali
| |||
Abseilling
/ Rappeling
| |||
12
Halangan Komando
|
NOTA:
Sukatan Pelajaran Lencana Kemahiran
1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas
perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana
Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya
satu unit pengakap dalam ilmu tersebut.
ASAS PERBARISAN:
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul
dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua
perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan
pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam
asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih
dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang
diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan,
pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki
berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih
kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman
tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya
dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah
sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu
jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke
paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan
diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan
sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua
pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri
ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan
diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan
kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan
barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa
yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu
mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang
berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke
kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada
dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan
kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam
keadaan ’sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke
kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri
pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat
kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan
sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki
kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke
belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke
belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan
dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan
sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar
hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan
pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya
hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan
belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang
pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman
tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang
manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya,
hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu
langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam
kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap
dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20
inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya
dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri,
Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri
kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki
kiri supaya dalam kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan
senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis
pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan
iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan
aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke
kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan
akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau
tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi
hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu
dan akhirnya berpecah
KAWAD TONGKAT:
Rehatkan
Diri
Seperti
dengan sedia.
Perbezaan
ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.
Senang
Diri
Seperti
dengan rehatkan diri.
Perbezaan
ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.
Sedia
Sama
dengan kedudukan sedia tanpa tongkat.
Tongkat
dipegang dengan menggunakan ibu jari kanan.
Tapak
tongkat berada di atas tanah.
Baring
tongkat
Pengakap
menurunkan tubuh secara menegak.
Kaki
kiri menghentak ke hadapan.
Lutut
kanan bergerak sehingga mencecah tanah.
Luruskan
tangan kiri sehingga mencecah tanah.
Berdiri
sedia tanpa memegang tongkat.
Angkat
Tongkat
Turunkan
tubuh secara menegak.
Kaki
kiri dihentak ke hadapan.
Lutut
kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
Luruskan
tangan kiri sehingga mencecah tanah.
Ambil
tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia
Dalam
keadaan sedia.
Ambil
tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
Alihkkan
tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90°.
Tangan
kanan diangkat apabila doa dibacakan.
Hormat
dengan Tongkat
Angkat
tangan kiri dengan menggunakan 3 jari.
Mencecah
tongkat.
2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan/ikatan yang
berikut :
Simpulan dan Ikatan
(a) simpul tapak kucing (catspaw)
SIMPUL TAPAK KUCING
Rupa bentuk simpul ini seperti tapak kucing. Simpul ini digunakan untuk
membuat gelung / tanjul pada tali supaya boleh dimasukkan takal. Cara membuat
simpul ini ialah dengan membuat dua gelung. Kemudian putarkan kedua-dua gelung
itu dua kali, akhir sekali cakupkan tali pada takal dan ia adalah selamat
digunakan.
(b) simpul raga (carrick bend)
(c) simpul serban (turk's head)
(d) simpul buaian (scaffold hitch)
(e) lilit berkas tingkat (racking bend)
(f) genggam monyet (monkey fist)
Genggam monyet digunakan untuk membuat hujung tali lebih berat supaya
senang untuk melempar tali ke sasaran dengan tepat. Biasanya, ia digunakan oleh
pengakap dalam aktiviti yang melibatkan kemahiran melempar tali dan juga semasa
melakukan aktiviti menyelamat.
(g) sambat pendek (short splice)
Sambat ini digunakan untuk menyambungkan dua jenis tali yang sama
besar atau tebal. Kedua-dua hujung tali yang hendak disambungkan perlu di ikat
dengan tali kecil.
(h) ikat Jepun (Japanese lashing)
(i) ikat Filipina (Filipino lashing)
(j) takal tali (rope tackel/Harvester's hitch)
Rope Tackle/Harvester Hitch
3. Mengatahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang
dogang (anchorage) iaitu
- 3-2-1
- log dan picket
- dead-man
4. Membina satu projek perintis (pioneering project) secara
berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang 5
meter tinggi panjang.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui tentang asas
orientering dan cara membuat cross-bearing bagi mencari kedudukan di
atas peta dengan menggunakan kompas.
6. memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat bivouac
dan bermalam di dalanya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan
rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/daging dan telur.
7. Mengenali tapak 5 jenis haiwan dan membuat dua jenis plaster cast.
8. Mengetahui cara membuat penganggaran (estmation) tinggi dan
lebar.
9. Membuat satu model projek perintis.
10. Lakukan perkara yang berikut:
a. berenang 50 meter berpakaian lengkap.
b. melempar seutas tali yang pangjang 20 meter sejauh 12 meter supaya
jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2
kejayaan daripada 3 kali lemparan.
ATAU
c. mengetahui cara Abseil / Rappel, peralatan untuk abseil,
langkah keselamatan, sistem lilit, cara abseil dan melakukan abseil
sejauh 8 meter.
ATAU
d. Mengetahui cara membina dan langkah keselamatan berkenaan serta
melakukan 12 daripadanya;
- melalui titi
goyang
- melalui titian
komando
- melalui titi
pacak
- bergayut monyet
- merangkak deadman.s
crawl
- merangkak dalam
gelungan tayar
- merangkap bawah
jaring
- melalui terowong
- memanjat tali
- memanjat pokok
- memanjat tangga
- memanjat tembok
- memanjat batang pokok
e. menggunakan tindih kasih gelung atau simpul kerusi untuk menurungkan
seorang yang cedera dari tempat tinggi - 5 meter (pokok atau bangunan atau
gaung curam)