Lencana Kegiatan

LENCANA KEGIATAN



Lencana Kegiatan


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja , sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam pertukangan, tarian kebudayaan, seni kraf, pertanian, seni mizik, seni bela diri, teknologi maklumat, dan pengendalian urus setia.

Untuk lulus Lencana Kegiatan seseorang Pengakap perlu pilih dan lulus 1 kategori berikut : -
1. Pementasan 

Mengambil bahagian utama sebagai pelakon atau pengarah dalam satu lakonan di peringkat sekolah atau mana-mana peringkat lain.

2. Bertukang Kayu / Logam
Membuat sebuah perabot yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat sangkut tuala, rak buku dan sebagainya.

3. Tarian kebudayaan
Menari satu jenis tarian kebudayaan kebangsaan seperti joget, canggung, zapin, sumazau, ngajat dan tarian-tarian yang terkandung dalam kebudayaan negara.

4. Kraftangan / Kerjatangan  
Membuat satu perkara berikut yang memuaskan dengan usaha sendiri.
 
  • ciptaan seni ukur/seni arca
  • cap mengecap batik
  • anyaman tradisional
  • lukisan mural
  • jahitan/tenunan/tekat/gubahan/akit mengait
 
5. Seni Mempertahankan Diri
Memahirkan diri dalam sejenis seni mempertahankan diri seperti silat, kung fu, selamban, tae kwan do, karate, tomoi dan sebagainya.

6. Muzik
dapat memainkan dengan baik sejenis alat muzik, moden atau alat muzik tradisional.

7. Uru Setia
Mengelolakan satu perjumpaan seperti seminar, forum, khemah kerja dan sebagainya.

8. Pertanian

9. Komputer